|
Waktu Solat adalah tiang agama islam , ibarat tiang-tiang di bangunan yang besar lagi tinggi dan jika tanpa tiang-tiang itu untuk menyokong bangunan yang besar lagi tinggi itu, apakah terjadi pada bangunan yang besar lagi tinggi itu? Runtuh? Roboh? Tidak kukuh bukan? Disini, dapat disimpulkan bahawa waktu solat adalah sesuatu perkara yang teramat penting sekali disisi agama islam, sehinggakan, untuk membezakan orang islam dan bukan islam adalah pada waktu solat lima waktu sehari semalam. Solat dalam erti kata lain ialah sembahyang yang ditunaikan oleh umat islam tanda mengingati dan kesyukuran kepada pencipta alam sekalian iaitu Allah s.w.t . Solat adalah suatu perkara yang perkara wajib ditunaikan, jika tertinggal walaupun hanya sekali, wajib di gantikan pada masa lain, dalam erti kata lain ialah waktu solat qa’da. Solat dilakukan dengan perlu mengikut hukum-hukum islam yang telah disyaratkan. Sekiranya melanggar salah satu syarat sah , syarat wajib atau rukun dalam solat, oleh kerana itu menjadi penyebab bahawa solat yang dilakukan adalah tidak sempurna dan juga tidak sah. Solat boleh dilakukan dengan duduk sahaja mahupun baring tetapi dengan sebab yang kukuh seperti seseorang itu benar-benar tidak berkemampuan untuk menunaikan solat dalam keadaan biasa yang disyaratkan. Solat dengan segera adalah sangat digalakkan dalam agama islam kerana jika seseorang mukmim menunaikan solat pada masa yang tepat dan tidak melambatkan solat maka segala permintaanya akan mudah dan cepat dimakburkan oleh Allah s.w.t .Ajaran islam menyatakan bahawa akan bersinarlah wajah seseorang itu dengan cahaya hidayah kerana rajin menunaikan waktu solat. Dalam ajaran agama islam, Selain daripada menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam , seseorang yang beragama islam juga boleh menunaikan solat-solat sunat untuk menambahkan lagi pahala-pahala supaya bahagia di hari akhirat kelak. Antara solat-solat sunat ialah solat sunat hajat, istikharah, dhuha, terawikh , witir dan pelbagai lagi.
WAKTU DAN MASA BERSOLAT. Waktu solat subuh adalah dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Nabi Adam a.s. adalah anusia pertama yang mengerjakan solat subuh iaitu ketika perintah Allah s.w.t supaya baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan yang amat sangat dan baginda berasa sangat takut . Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Waktu solat zuhur adalah dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang itu sama betul panjangnya dengan kayu tersebut. Nabi Ibrahim a.s. adalah manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor iaitu ketika Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. perintah Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu akur dan sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat Waktu solat asar adalah dimulai setelah waktu Zuhur tamat, iaitu ketika bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang, sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah matahari terbenam. Nabi Yunus a.s. adalah Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar dan pada masa itu baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di pinggir pantai, ketika itu telah masuk waktu Asar. Lalu segera bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT . Waktu solat mgrib adalah dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang dan tidak kelihatan. Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. lalu bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut Waktu solat isyak adalah dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq iaitu subuh. Nabi Musa a.s. adalah manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak kerana pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, baginda berpeasaan dengan perasaan dukacita. Lalu Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah tanda kesyukuran Nabi Musa a.s. |