Khutbah E-mail
Written by asiamind   
Wednesday, 30 July 2008 08:09
KHUTBAH

Sebagai umat Islam perlu mengetahui apa itu khutbah, khutbah boleh disimpulkan dan mendefinisikan bahawa khutbah adalah penyampaian ajaran-ajaran islam pada hari jumaat sebelum menunaikan solat jumaat dan disampaikan kepada umat islam yang hadir di masjid untuk melakukan solat jumaat secara berjemaah. Khutbah disampaikan oleh orang islam iaitu ketua jemaah solat jumaat atau dipanggil ketua imam. Ketua imam ( khatib) akan membaca khutbah dengan jelas dan nyata, ketua imam (khatib) perlu membaca khutbah di mimbar iaitu platform di dalam masjid yang berkedudukan tinggi bagi tujuan ketua imam (khatib) dapat melihat para jemaah yang hadir. Mengikut ajaran islam , apabila khutbah disampaikan oleh ketua islam ( khatib) , para jemaah yang hadir perlu berdiam diri dan tekun mendengarnya dan tidak boleh bercakap atau bertegur kawan supaya diam, kerana mengikut ajaran islam, maka hilanglah pahala hari jumaat.

SYARAT SAH KHUTBAH

khutbah mempunyai tiga jenis iaitu, khutbah solat jumaat, khutbah solat hari raya aidilfitri dan khutbah solat hari raya aidiladha. Mengikut ajaran agama islam khutbah mempunyai syarat sah khutbah , antara syarat sah khutbah jumaat ialah, khatib (ketua imam) khutbah perlu dan wajib seorang lelaki , khatib (ketua imam) hendaklah berpakaian sopan iaitu menutup aurat. Khatib (ketua imam) perlu suci dan bersih daripada hadas kecil dan besar pada pakaian dan tempat, khatib (ketua imam) berdiri pada kedua-dua penyampaian khutbah pada yang mampu sahaja, khutbah perlu dibaca setelah masuk waktu zuhur dan sebelum menunaikan solat jumaat, rukun-rukun khutbah perlu dibaca dalam bahasa arab, antara khutbah yang pertama dan kedua serta antara rukun-rukunnya dan khutbah dengan solat perlu di mualat, selepas selesai khutbah pertama khatib(ketua imam) perlu duduk sebentar sebelum memulakan khutbah kedua, khutbah perlu didengar sebanyak oleh 40 orang yang bermukim walaupun tidak difahami bacan khutbah yang disampaikan, dan akhir sekali, mencukupi 40 orang yang mendengar dari mula khutbah dan setelah selesai solat jumaat.

RUKUN-RUKUN KHUTBAH

Mengikut ajaran agama islam , khutbah mempunyai rukun-rukun yang ditetapkan dan perlu diikuti. Antara rukun-rukun khutbah yang terdapat ialah, khutbah perlu dimulai dengan member pujian kepada Allah s.w.t seperti ucapan “Alhamdulillah” . kemudian dikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W iaitu, "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad." , selepas itu rukun seterusnya ialah, khutbah yang disampaikan perlu mengandungi berbentuk pesanan kepada para jemaaah yang hadir agar bertaqwa kepada yang Maha Pencipta Alam, iaitu Allah s.w.t, seperti “bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t” , khatib (ketua imam) perlu membaca satu ayat al-quran pada khutbah pertama atau kedua, tetapi paling afzdal ialah khutbah yang pertama. Akhir sekali, khatib (ketua imam) perlu mendoakan semua umat islam sekurang-kurangnya ialah “rahimah-kumullah”.