| Kitab-kitab |
|
| Written by asiamind | |
| Wednesday, 30 July 2008 07:57 | |
|
KITAB-KITAB ISLAM. Ramai yang mengetahui perkataan kitab , tetapi apabila ditanya mereka hanya menjawab kitab itu adalah rujukan hidup sahaja , tetapi mereka tidak mengetahui isi yang tersurat lagi tersirat yang berada di dalam kitab. Namun daripada sudut pandangan orang sekitar mengenai kitab, ada benarnya. Namun setiap tafsiran orang sekitar mempunyai pendapat yang berbeza mengenai kitab. Mereka akan mentafsirkan kitab dengan apa yang mereka ketahui dan fahami. Sebenarnya, Kitab boleh mendefinisikan sebagai buku ajaran dan panduan yang mengandungi hukum-hukum dan syarat-syarat tertentu. Kitab adalah perkataan bahasa orang yang beragama islam di negara arab iaitu Al-Kitab. AJARAN KITAB ISLAM. Sememangnya wajar bahawa wajib kepada umat islam untuk mengetahui dan berlajar serta mengamalkan ajaran-ajaran yang tersurat lagi tersirat yang terkandung di dalam kitab. Antara isi kandungan di dalam kitab –kitab ialah, cara panduan untuk beriman kepada ajaran-ajaran agama islam seperti cara melakukan solat, berpuasa dan cara menunaikan haji bagi umat islam yang berkemampuan. Ajaran kitab wajib diamalkan di dunia untuk terselamat dan terlindung kepada cenderung melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa-dosa besar semasa bernyawa di dunia ini dan terselamat di akhirat kelak. Selain itu, ajaran yang terkandung di dalam kitab islam ialah cara hidup di dunia dengan sempurna, seperti, akhlak iaitu adab seorang umat islam iaitu cara berpakaian dan bertutur dengan orang lain dengan cara yang sopan, munakahat iaitu cara perkahwinan islam yang sah dengan hukum-hukum islam dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu kitab juga mengandungi ajaran tentang perniagaan islam yang sebenar iaitu perniagaan yang jujur dan tanpa mengambil kesempatan iaitu ri’ba. JENIS-JENIS KITAB. Menurut ajaran islam bahawa kitab adalah sumber yang patut umat islam percaya dan perlu mengamalkan setiap ajaran islam yang terkandung di dalamnya. Kitab dianggap sebagai rujukan utama untuk mengetahui semua aspek tentang kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Kitab islam mempunyai pelbagai jenis yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada nabi-nabi yang terpilih olehNya, nabi-nabi yang terpilih itu di uji dengan pelbagai halangan pada zamannya untuk menyebarkan ajaran agama islam. Nabi-nabi tersebut dipanggil Rasul, dan diturunkan kitab kepadanya. . Kitab-kitab diturunkan kepada nabi-nabi yang terpilih sahaja, antaranya ialah, kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s , kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s, kitab Injil kepada Nabi Isa a.s , dan Al-Quran diturunkan kepada nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w . TENTANG KITAB. Kitab-kitab islam wajib dipercayai dan diamalkan segala ajarannya, menurut ajaran agama islam iaitu, kepercayaan kepada kitab-kitab adalah salah satu tersenarai dalam rukun iman, namun pada sekarang dipercayai bahawa kitab-kitab islam telah banyak diubah suai seperti kitab injil yang diubah suai oleh agama kristian. Umat islam perlu juga berhati-hati untuk beriman kepada kitab-kitab islam. |
|
| Last Updated ( Wednesday, 30 July 2008 08:09 ) |
