Ramadhan E-mail
Written by asiamind   
Wednesday, 30 July 2008 09:41
RAMADHAN AL-MUBARAK.

Ajaran agama islam mengatakan bulan Ramadhan itu adalah bulan yang dimana dianggap paling suci oleh semua umat islam didunia. Bulan ramadhan ini dianggap bulan kejayaan oleh umat islam kerana banyak peristiwa-peristiwa yang cantik bagi umat islam pada masa zaman nabi dahulu, antaranya ialah , penurunan kalam Allah s.w.t yang agung iaitu kitab Al-Quran.bulan ramadhan ini mempunyai hanya 29 atau 30 hari, dengan kaitan itu bahawa umat islam adalah wajib berpuasa sepanjang bulan ramadhan . umat islam berpuasa dari terbit fajar matahari hingga terbenamnya matahari. Disamping berpuasa , umat islam dapat mengelakkan dan menahan nafsu daripada melakukan dosa-dosa kecil mahupun dosa-dosa besar.

RAMADHAN BULAN TERISTIMEWA.

Ramadhan adalah bulan yang teristimewa oleh semua umat islam diseluruh dunia kerana bulan ramadhan adalah di mana waktu dan masa sesuai bagi umat islam diseluruh dunia untuk bertaubat, menginsafi diri, berfikir dan merenungkan diri sendiri dengan memperdekatkan diri dengan Allah s.w.t , masa yang paling sesuai membuat kebajikan dan pahalanya akan berlipat kali ganda, berlajar menjadi pemurah dan mengingati serta menolang orang yang mengalami kesusahan hidup iaitu digelar fakir dan miskin. Bulan ramadhan juga dapat mengumpulkan dan mengeratkan silaturrahim iaitu tali persaudaraan islam untuk bersama-sama berjalan ke arah yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t .

AMALAN PADA BULAN RAMADHAN

Amalan baik pada bulan ramadhan adalah sangat digalakkan, islam menetapkan bahawa umat islam wajib berpuasa pada sepanjang bulan ramadhan. Tetapi dilonggarkan kepada yang benar-benar uzur iaitu tidak berkemampuan untuk berpuasa seperti sakit yang perlu makan ubat dan makanan yang mencukupi. Selain itu amalan yang disunat oleh agama islam kepada umat islam pada bulan ramadhan ialah solat sunat terawikh secara berjemaah, dan ketua imam digalakkan member sedikit ceramah agama islam sebelum solat terawikh dimulakan. Zakat fitrah juga salah satu amalan yang perlu umat islam membayar bagi yang berkemampuan, waktu membayar ialah, semasa bulan ramadhan dan paling lewat sebelum selesai solat hari raya aidilfitri. Setelah selesai habis berpuasa penuh di bulan ramadhan, umat islam menyambut kemenangan dengan menyambut hari raya aidilfitri dan pada masa itu umat islam akan bersama-sama mengumandangkan takbir tanda kemenangan dan kesyukuran kepada pencipta alam iaitu Allah s.w.t . Tambahan pula pada bulan ramadhan dapat mempertingatkan dari sudut ekonomi umat islam iaitu perniagaan di bazar ramadhan iaitu pasar yang menjual makanan -makanan untuk berbuka puasa.

MALAM LAILATUL QADAR.

Malam lailatul qadar adalah malam ketetapan , iaitu malam yang hanya khusus di malam hari pada satu malam diantara malam-malam hari bulan ramadhan yang dipercayai malam itu akan turunnya para malaikat ke bumi dan para umat islam pada masa ini akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan malam ini kerana malam ini mempunyai hikmah yang paling besar meskipun tiada siapa pun tahu akan hikmahnya.